Monday, August 18, 2008

Menyahut Cabaran Baru

* Post transferred from ammegan.tblog.com

Baiklah...saya ingin membuat satu pengakuan -- bahawa saya sungguh tercabar dengan kebolehan teman karib lama saya di bangku sekolah, Erina (yang sedang syok makan angin di kampungnya sekarang ini *_*), berblog dalam Bahasa Melayu membuatkan saya malu untuk mengaku yang saya tidak lagi dapat mengarang dengan baik menggunakan bahasa ini. Sebenarnya saya juga kagum dengan kebolehan Erina berbahasa Inggeris kerana kebolehannya sangat luarbiasa jika dibandingkan semasa kami di bangku sekolah lagi sedangkan saya tidak kemana dengan berbahasa Melayu. Sebagai seorang rakyat Malaysia yang menetap di negera jiran, saya tidak seharusnya memberi alasan kenapa saya tidak lagi fasih bertutur atau menulis dalam bahasa ibunda.

Saya rasakan kelemahan ini berpunca daripada pengabaian keatas bahasa Melayu. Bayangkanlah selama 9 tahun menetap di Thailand, tidak sekalipun saya disuruh untuk mengarang atau dipaksa bertutur dalam bahasa Melayu. Bercakap dengan kawan-kawan yang datang dari Sabah pun, cakap Melayu campur atau "Sabah Slang" dan kadang-kadang Melayu langsung tidak dipedulikan. Apatah lagi bahasa Kadazandusun. Saya keturunan Kadazandusun juga tau! Tetapi yang sedihnya, saya cuma faham bila orang bertutur dalam bahasa ini dan selainnya seperti menulis dan berbahasa, itu tak perlu saya huraikanlah...:) Oleh kerana itu, sebelum saya balik ke kampung halaman, saya ingin memastikan bila masa saya disuruh untuk menyampaikan cerita kanak-kanak, ataupun pelajaran di gereja, saya masih mampu untuk menyampaikannya dengan jelas dan baik. Justeru itu juga, saya akan menggunakan blog ini sebagai langkah pertama untuk achieve aims saya.

Sukan Olimpik yang sedang berlangsung di Beijing China sangat hangat diperbualkan dan disiarkan di kaca TV. Saya sendiri tidak lari daripada curiousity. Hanya dengan mengikuti perkembangan event ini boleh membuatkan saya menjadi 'fans' kepada athletes-athletes yang hebat seperti perenang USA Michael Phelps, pemain badminton harapan Malaysia Lee Chong Wei dan sudah tentu pelumba basikal trek negara Josiah Ng. Sayangnya Lee Chong Wei dan Josiah Ng tidak berjaya meraihkan pingat emas namun apa yang penting ialah semangat kesukanan mereka!
Beralih kepada berita lain pula, baru-baru ini kerajaan Thai telah menguatkuasakan undang-undang untuk pemilik kereta yang menggunakan gas LPG supaya memiliki 'sticker' yang sah menunjukkan bahawa kegunaan gas LPG telah diluluskan oleh jabatan pengangkutan jalan (DLT). Dalam pada itu kami pun berulang-alik ke JPJ untuk mengisi borang dan membuat pemeriksaan terhadap kereta kami untuk memiliki sticker yang disebutkan. Kami sangat bersyukur kerana Tuhan telah menolong kami melalui proses-proses ini kerana penggunaan bahasa Thai kami sangatlah terhad apatah lagi mengisi borang dan mendapatkan borang-borang dan kertas yang diminta. Kesemuanya dalam bahasa Thai dan kalau nak tahu, hampir tak seorang pun yang pandai bertutur dalam bahasa Inggeris di pejabat JPJ dan kami pula terpaksa menggunakan kebolehan bahasa Thai kami ke tahap maksimum! Kami sangat kagum juga dengan kebolehan mereka untuk memahami percakapan kami yang tunggang terbalik ayatnya. :)
Baru-baru ini ada pula ura-ura mengenai pertukaran masa di Thailand. Tidak pasti bagaimana mereka (kerajaan) akan melakukannya, tetapi jika ia benar-benar berlaku, saya terpaksalah bangun 30 minit lebih awal untuk ke sekolah setiap hari kerana mereka akan mengawalkan masa sebanyak 30 minit supaya masa siang akan lebih panjang. Mengikut pertukaran masa antara Malaysia dan Thailand sekarang, jika masa di M'sia ialah jam 7 pagi, biasanya di sini baru menunjukkan jam 6 pagi (hanya 1 jam bezanya). Jika sistem ini ditukar, bezanya akan bertukar menjadi 1 jam 30 minit. Ianya dijangka akan dikuatkuasakan mulai 23 Ogos 2008 ini. Berita ini sungguh impossible tetapi ramai kawan-kawan Thai yang mendapat emel dalam bahasa Thai dan mempercayainya. Haha!
Hmm...nampaknya dah cukup panjang dan kepala saya pun sudah nak pening kerana banyak berfikir. Mungkin juga otak saya ini berkerja extra kuat untuk cuba mengingati semula apa yang saya sudah hampir lupa. Mentang-mentanglah ianya sudah berkarat kerana lama tidak berfikir dalam bahasa Melayu...:)
Nampaknya kamar mandi pun sudah mula menjerit, let's see what the guru pitka 'Guru Melayu' who lives with me and YOU think about this. Sampai nanti!!
Hahahaha...hahahaha...hahahaha...hahahaha!

No comments:

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...